assalamualaikum.....
Setiap orang punya tujuan dan impian masing2.Tapi bukan senang mencapai apa yg dikehendaki tanpa kaedah,strategi dan teknik untuk kejayaan kemudian hari.Bak peribahasa Melayu " berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian,bersakit-sakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian."
6 langkah GAPAI IMPIAN
- Tulis apa yang di idamka
- Tulis semua keperluan dan keinginan anda.Tuliskan apa saja keperluan dan keinginan yg terlintas di fikiran.Apabila jumlahnya mengjangkau 50 hingga 100,akan timbul suatu bentuk perasaan ,pemikiran atau semangat pada diri anda.Anda akan mengetahui perasaan sebenar apabila melepasi angka 50.Teruskan .Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda terus melangkah ke hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda secepat mungkin.
- Tetapkan bila matlamat akan dicapai
- Kira dan tentukan berapa banyak masa yg anda perlukan untuk mencapai matlamat2 anda itu.Tetapkan bila matlmat tersebut mesti anda capai.Tetapkan tempoh anda membuat persiapan rapi untuk mencapai matlamat2 anda.Tetapkan juga tempoh yg anda perlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam perancangan atau pelan tindakan anda,
- Buat pembaikan matlamat yang diingini
- Rancang tindakan2 atau aktiviti2 yg mesti anda laksanakan untuk mencapai matlamat2.Jadualkan aktiviti2 atau langkah2 tindakan anda mengikut susunan dan keutamaan agar setiap langkah anda menyokong antara satu sama lain.Nilai semula dan buat pembaikan pada senarai jadual aktiviti anda dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan matlamat anda tercapai mengikut seperti yg dirancang.
- Bayangkan kejayaan di depan mata
- Letakkan studio filem di minda.Bayangkan satu gambaran mental yang anda telah berjaya mencapainya.Buat imej minda yg jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda.Mainkan gambaran itu berulang-ulang.ia akan membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas.Bersama semangat berkobar-kobar itu anda lebih fokus,lebih komited seta lebih bertekad untuk mencapai matlamat yg anda telah tetapkan.
- Atasi halangan kejayaan
- sokong rancangan azam membara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan